
Salam...



Nukilan : Tahniah! kepada Guru Besar,PK Pentadbiran dan guru-guru serta anak didik ku yang hadir pada penyampaian replika cek kemenangan Juara Pertandingan Kempen Tubuh Bersih dan Sihat 2011. Saya selaku Ketua Projek ini memohon maaf kerana tidak dapat bersama anda semua semasa majlis resesi ini..walaubagaimanapun saya berbangga atas pencapaian kita dan ini sejarah baru buat Warga SK Jugra...Semoga kita akan terus sukses di masa akan datang.
Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap indah. Memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi keperluan-keperluan naluri keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu.
Seni berperanan yang bersifat psikologi dan sosiologi dan mempunyai hudungan dengan seni visual, seni muzik, seni tari dan lain-lain. Manusia melahirkan sesebuah hasil seni melalui perasaan, pengalaman dan rangsangan dan dilahirkan melalui seni.
Persepsi AKU.....
AKU menilai seni dari jiwa yang berkecamuk dan memberontak...tanpa apa-apa perasaan seni itu takkan lahir sebab detik terciptanya hasil daripada momentum jiwa yang meronta-ronta untuk di lepaskan.
AKU tahu seni itu luas ilmiahnya..sebesar hamparan yang susah untuk di perbandingkan. Oleh sebab itu, hanya manusia yang luarbiasa dapat menyelami unsur seni yang ada pada dirinya dan orang lain....Dari mana datangnya keistimewaan itu??? Jawapannya hanya satu dari Allah yang maha seni maha hebat dan maha kreatif...segala kejadian yang di ciptakan oleh Allah adalah hasil seni yang tiada tolok bandingannya dan ia lebih mengerti akan semua perkara...
Intipatinya,..lahirkan dan cetuskan apa saja idea yang kita ada kerana semua itu adalah nilai seni yang datang dari maha pencipta...fikir2kanlah